Saturday 9 July 2011

Hari Terbuka UM Nilam Puri

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, Pustaka Ibnu Soleh telah membuka jualan semasa hari terbuka UM Nilam Puri. Alhamdulillah. Jualan pd hari terbuka tersebut yg berlangsung selama 3 hari mendapat sambutan menggalakkan drpd ramai pihak...





Next mission; Hari Terbuka KIAS pd 14-18 Julai 2011. Sekian, wassalam...

Monday 4 July 2011

Cinta Di Langit Gaza



Harga: RM 20.00 ( Diskaun 20% )

Penulis: Riduan Mohamad Nor

Sinopsis:

Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk 'Cinta dilangit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup dibawah syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dengan HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.

Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat meransang insan lain untuk turut meletakkan telapak kaki di atas jalan kebaktian, menerusi kerja-kerja amal adalah niat utama untuk saya meninta pengalaman ini. Saya telah diberikan kesempatan oleh Allah Yang Maha Perkasa untuk melangkahi beberapa benua untuk menyantuni umat Islam yang disengat kesusahan dan kejerihan. Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang di Palestin, gempa bumi di wilayah perbukitan Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia, tsunami di Acheh dan Jawa Barat, dikeronyok gempa di Jogjakarta, menyantuni pelarian di Lubnan, berkongsi sedikit kemewahan dengan umat Islam Bangladesh melalui program korban. Allah yang saya cintai sentiasa membuka ruang untuk saya dan teman-teman berbuat kebaikan, kasih sayang Allah yang melimpah juga telah membawa saya ke sebahagian besar dunia ini, melihat dunia yang sangat rencam dan pelbagai.

Friday 1 July 2011

First Step...

Assalamualaikum...
Ini adalah langkah pertama Pustaka Ibnu Soleh ingin melebarkan sayap melalui laman sesawang blog yang kian mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat sekarang...

Semoga blog ini mendapat sambutan dan bermanfaat kepada semua readers.
Sekian, wassalam...