Monday 8 August 2011

Dakwah Fardiyyah



Oleh : Sheikh Abdul Halim Al Kinani


Kata Pengantar: Riduan Mohammad Nor
Penterjemah: YB Ustaz Md Nor Hamzah

130 Muka Surat
RM15.00

Isi Kandungan:
1.Prolog
2. Kata Pengantar: Sheikh Muhammad Abdullah Al Khatib
3. Kata Pengantar dari Pena Pengarang: Sheikh Abdul Halim Al Kinani
4. Bab 1: Pendahuluan Dakwah Fardiyyah
5. Bab 2: Asas-asas Gerakan Dakwah Fardiyyah.
6. Bab 3: Peringkat-Peringkat Dakwah Fardiyyah

Sinopsis:

Dakwah merupakan idiom yang menggegarkan sukma kita para Mukmin kerana inilah jalan juang yang ditempuh oleh Para Ambiya’ Wal Mur salin. Dakwah di sepanjang zaman telah mengharungi jalan panjang perjuangan, merentasi hamparan bongkah benua, merenangi gelombang lautan terhampar luas, dan menembusi tembok kekuasaan. Dalam rakaman langit Sirah, perjuangan Dakwah Nabi SAW di Kota Mekah telah Berjaya menembusi bongkah dan karang Jahiliah Arab Mekah berjalan secara rahsia selama tiga tahun. Baginda SAW telah memilih unsur-unsur terpilih di kalangan peserta pertama generasi dakwah. Seruan merayap dari telinga ke telinga, dan akhirnya menyatu di lubuk hati. Generasi Al Quran telah dipasak dengan keupayaan terbaik dalam menyampaikan dakwah. Tahapan pertama ini memerlukan kesiapsiagaan yang tinggi dan berstrategi, bukan digarap sambil lewa.


Perjalanan dakwah semakin mencabar apabila memasuki fasa kedua yang merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi SAW, dan fasa ini merupakan ujian kepada pendakwah kerana penentangan secara terbuka golongan musyrikin terhadap para pendakwah. 
Dakwah Islam dilihat mencabar system yang adadan menjadi pesaing kepada apa yang mereka imani selama ini. Para sahabat telah mengalami pembantaian dan diserkap dengan sejuta kesakitan seperti yang dialami oleh susuk besar dakwah seperti Kaabah ArA’rat yang dibaringkan si atas bara api tersebut. Tercatat dalam sketsa penderitaan ini adalah pejuang muslimat tersoho, Sumaiyyah yang gugur sebagai Syuhada akibat mempertahankan kemuliaan Akidah.

No comments:

Post a Comment