Monday 8 August 2011

Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami



Oleh: Al SyeikhDr. Faisal Mawlawi
(Penasihat Agama Pertubuhan Organisasi-organisasi Islam Eropah)

Penterjemah: Nafisah Hj. Md Tahir
Kata Pengantar: Riduan Mohammad Nor

46 MukaSurat
RM5.00

Isi Kandungan:

1. Kata Pengantar
2. Muqaddimah Penulis
3. Bahagian Pertama: Faktor-faktor Yang Menyebabkan Lemahnya Penglibatan Muslimat Di Medan Amal Islami.
4. Faktor Pertama: Fahaman-fahaman yang salah yang wajib diperbetuli
• Fahaman Pertama: Kaum Wanita itu Kurang Akal Dan Agamanya.
• Fahaman Kedua: Kepimpinan Lelaki Ke Atas Wanita.
• Fahaman Ketiga: Isu Wanita Keluar Rumah.
5. Faktor Kedua: Keegoan Lelaki
6. Bahagian Kedua: Wanita Dan Lelaki Di Hadapan Tanggungjawab Syarak
7. Awlawiyyat (Keutamaan) Amal Soleh Bagi Wanita Muslimat.
8. Bahagian Ketiga: Bidang-bidang Penglibatan Wanita Di Medan AmalIslami.
• Pertama: Adakah Wanita MempunyaiPeranan Dalam Pentarbiyahan Masyarakat?
• Kedua: Adakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam Pembinaan Rumahtangga Muslim?
• Ketiga: Adakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam Pembinaan Masyarakat Islam?
• Keempat: Adakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam Politik Islam?
• Ketetapan Syara’ Yang Wajib Diperhalusi Dalam Gerak Kerja Muslimat Di Medan Perjuangan.


Sinopsis:


Islam disepanjang pentas zaman tidak pernah melupakan serikandi-serikandi agama yang merenjiskan haruman mawar pada prasasti syuhada. Di zaman moden ini menyaksikan Zainab Al Ghazali, tokoh sesepuh perjuangan islam di Mesir, beliau berbaiah dengan Imam Hasan Al Banna selaku peranannya sebagai ketua Jemaah Muslimat Mesir, akhirnya mendekam dalam penjara dalam tempoh yang panjang dengan hirisan-hirisan penyiksaan yang tak tertanggung kejerihannya. Tokoh ini dibebaskan di zaman Anwar Sadat untuk mendapatkan sokongan massa, terus berbakti di ladang dakwah walaupun diintip, dikekang sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah. Ratusan ribu yang menyolatkan jenazahnya, sebagai penghormatan dan menghantar ketempat terakhir persemadian.Mesir menangis kerana kehilangan Sang Pejuang Muslimah yang gigih, Beliau adalah ‘Ibu Penggegar Penguasa Thaghut’ yang sangat inspiratif.

Muslimah adalah ciptaan Allah SWT yang unik, emosinya tak terjangkau, meledak-ledak dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung. Penciptaannya sangat unik, kisahnya sangat berwarna warni, Perempuan adalah peniup obor semangat, dibelakang seorang tokoh adijagat atau maestro perjuangan adalah kaum hawa yang dicipta dengan seribu keunikan.


No comments:

Post a Comment