Wednesday 24 August 2011

MEMBUDAYAKAN KESENIAN WARISAN MELAYU & ISLAM


Pada 13 Ogos 2011 Pustaka Ibnu Soleh telah menyertai program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampus Tun Hussien Onn, UiTM Machang. Antara objektif program ini ialah;

1.       Memastikan tulisan jawi dank hat terus hidup dan tidak pupus
2.       Menyokong perjuangan para pejuang bahasa mempertahankan tulisan jawi dan kesenian khat
3.       Memupuk semangat cintakan kesenian islam dalam kalangan pelajar ipt dan pelajar sekolah

Program yang diadakan ini bertemakan “Membudayakan Kesenian Warisan Melayu & Islam”. Sehubungan dengan itu, PIS telah mengadakan beberapa aktiviti seperti pertandingan kaligrafi islam, pameran khat, demo khat, jualan tulisan khat pada keychain, dan mengadakan jualan buku. 



PERTANDINGAN KALIGRAFI ISLAM

Pertandingan ini dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori kampus dan sekolah menengah.

Kategori kampus: Disertai oleh dua orang mahasiswa daripada setiap pusat pengajian UiTM
Kategori sekolah menengah:  Disertai oleh wakil daripada Sekolah Menengah Machang, Maahad Syamsul Maarif (P), Maahad Tahfiz Wal Qiraat

Peserta dikehendaki untuk menyiapkan tugasan dalam masa 1jam.  Pengerusi PIS telah menjadi ketua juri bagi pertandingan yang dibantu oleh Timbalan Pengerusi Kelab Khat PIS

Johan pertandingan peringkat kampus: Dimenangi oleh wakil mahasiswa daripada pusat pengajian Sains Komputer UiTM Machang.
Johan pertandingan peringkat sekolah menengah: Dimenangi oleh wakil pelajar daripada Maahad Syamsul Maarif (P). 
TAHNIAH diucapkan





DEMO DAN PAMERAN KHAT






Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah dilakukan pada pukul 2.30 petang.


No comments:

Post a Comment